Disclaimer

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, and Konnichiwa! Welcome to My online diary. Please, navigate around happily :) <3
Sprinkle Kitties
Khamis, 5 Oktober 2017 • 8:21 PTG • 0 Kittie(s)

Kemahiran interpersonal merujuk kepada kemahiran yang digunakan semasa berkomunikasi dan interaksi sosial bagi mencapai sesuatu matlamat atau keputusan

Komunikasi interpersonal merupakan tingkahlaku yang dipelajari. Ia bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya adalah hasil pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya komunikasi interpersonal mempunyai makna yang tersurat dan tersirat

Konsep asas ini membantu seseorang untuk berkebolehan dan berkeyakinan semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan persekitaran.

Takrifan konsep kendiri: 
‘Gambaran atau pandangan tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku diri sendiri’

Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menghadapi masalah dan cabaran-cabaran dengan tabah, bersifat optimistik, sikap lebih terbuka serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. 
seseorang itu akan bersifat lebih relaks, mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang dihampiri. Keadaan emosinya lebih tenang dan stabil.


manakala individu yang mempunyai konsep kendiri negatif pula akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya. hal ini akan membuatkan dirinya sukar diterima oleh orang sekelilingnya.  Mereka akan mempunyai aras keyakinan diri yang rendah, sifat rendah diri, pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosial. mereka juga akan menarik diri, mudah tersinggung, tidak gembira, dan cepat merajuk.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

a) Membina hubungan sosial

Memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat termasuk persamaan dan perbezaan antara sosiobudaya. 
Contohnya masyarakat berbilang kaum, kepercayaan dan agama.

b) Wacana ilmu

Membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu.

c) Perundingan

Mencapai persetujuan bersama.

d) Kerjaya

Dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap Kecekapan profesional.

e) Komuniti

Memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. Situasi menjadi ceria.

f) Bimbingan

Membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkahlaku antara satu sama lain.

KEPERLUAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

a. Pengaliran maklumat yang ditapis

  • Hanya maklumat yang terpenting perlu di sampaikan. 
  • Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan.


b. Galakkan maklumbalas

  • setiap maklumat yang disampaikan perlulah dapat difahami. 
  • Maklumbalas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

c. Maklumat yang jelas dan mudah

  • Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar.

d. Mendengar secara aktif

  • Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian.

e. Elakkan terlalu emosional

  • Di dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. 
  • perlu bersikap rasional dan profesional. 
  • Gunakan bahasa badan atau isyarat.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL BERSAMA RAKAN SEBAYA

Kemahiran ini mampu menggalakkan seseorang pelajar berbincang sesama sendiri bersama rakan-rakan tanpa berasa rendah diri atau meninggikan diri, bebas dari rasa tersinggung serta dapat mengawal emosi.

Ciri-ciri kemahiran interpersonal yang perlu ada:

KOPERATIF.

Mampu membantu rakan sebaya serta bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi tanpa menyalahkan sesiapa.

SEMANGAT BERPASUKAN.

Ahli kumpulan perlulah berminda positif bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugasan secara bersama. Kejayaan pasukan adalah kejayaan bersama dan setiap tugasan akan dijalankan secara bersama dan saling memerlukan satu sama lain. 

TOLERANSI.

sifat toleransi serta saling memahami antara satu sama lain adalah penting kerana setiap individu mempunyai perbezaan masing-masing. Sikap mementingkan diri perlu diketepikan, membuat keputusan secara rasional tanpa mengikut perasaan serta mampu menerima teguran dan kritikan dengan fikiran yang terbuka.


Sesungguhnya seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal mampu berinteraksi dengan rakan sebayanya dengan lebih berkesan, mudah mesra, berkeyakinan serta saling bantu membantu dalam proses pengajaran-pembelajaran ke arah mewujudkan kecemerlangan diri


0 Ulasan posted :

Catat Ulasan