Disclaimer

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, and Konnichiwa! Welcome to My online diary. Please, navigate around happily :) <3
Sprinkle Kitties
Rabu, 4 Oktober 2017 • 6:08 PTG • 0 Kittie(s)

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

       Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, Mempunyai sifat kreativiti dan inovasi amatlah berkait rapat dengan dunia perniagaan. Dalam dunia perniagaan, kebolehan-kebolehan berikut haruslah dikuasai sepenuhnya bagi memastikan keberkesanan perniagaan tersebut.

•Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan.
•Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
•Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
• Kebolehan untuk bekerja sendiri

DEFINISI USAHAWAN

Usahawan ialah seseorang yang berinisiatif, pandai menggunakan idea atau kaedah baru, sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian, gagah menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu. Usahawan ialah insan yang dinamik, kreatif, cekal, inovatif, dan berkebolehan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia.

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan ialah proses untuk mencipta dan mengembangkan perniagaan berkumpulan untuk pembangunan rakyat dan kemakmuran masyarakat.

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

1. Usahawan berbeza dengan peniaga. Peniaga hanya membeli dan menjual untuk mencari keuntungan dan sumbangannya kepada masyarakat adalah terhad kepada perkhidmatan yang disediakannya

2. Sebaliknya seorang usahawan merupakan pemangkin pembangunan negara yang mempunyai tanggungjawab sosial yang berat terhadap masyarakat.



KOMPETENSI SEORANG USAHAWAN


•Keupayaan seseorang untuk menonjolkan diri dalam perniagaan
•Keupayaan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.

Ciri-ciri bagi menentukan seseorang mempunyai sifat kompetensi

1.      Inisiatif
2.      Bijak merebut peluang
3.      Kecekalan Mencari maklumat – R&D
4.      Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
5.      Komitmen terhadap perjanjian kerja
6.      Berorientasikan ke arah kecekapan
7.       Membuat perancangan sistematik

SUMBANGAN USAHAWAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
PERANAN USAHAWAN

•      Mewujudkan peluang pekerjaan
•      Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat.
•      Penemuan dan ciptaan baru
•      Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
•      Mempertingkatkan taraf hidup.



0 Ulasan posted :

Catat Ulasan


Do follow US



CHATTING


TERIMA KASIH KERANA MELAWATI BLOG KAMI
SILA BERIKAN KOMEN ANDA