Ahad, 8 Oktober 2017 • 8:15 PG • 0 Kittie(s)
Kemahiran generik adalah sesuatu yang berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan keterampilan.
kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik (Robinson,2000).
Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapakan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. kecekapan pula boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu. keterampilan boleh dijelaskan sebagai tahap kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Kamus Dewan, 2002)
Menurut Kamus Dewan (2002), generik bermaksud umum, berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatuu kelompok, golongan, dan lain-lain. Oleh itu, kemahiran generik dapat dihuraikan dengan maksud kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semulajadi atau dilatih seperti kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, atau kemahiran menyelesaikan masalah.
Kearns (2001) mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas keterampilan atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan.
Kemahiran generik adalah penting kerana pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif, dan berkebolehan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang berbeza pada waktu yang sama. Pekerja juga bukan sahaja dapat melakukan pekerjaan yang tentertu malahan mereka dapat melatih kemahiran sosial yang kini menjadi semakin penting dalam alam pekerjaan.
Kemahiran generik memberikan gambaran terhadap kemahiran personal, sikap, tabiat, dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi.
Di barat, pengamal pendidikan dan pihak industri telah melihat kemahiran generik ini adalah merupakan salah satu aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji (Kearns, 2001).
Majikan menganggap bahawa aspek kemahiran generik ini adalah satu aspek yang kompeten di alam pekerjaan yang harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja yang baharu bagi membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang benar-benar berketerampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang mereka terokai.
Menurut Bennett (1999), kepentingan kemahiran generik ini dapat dilihat apabila negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemahiran generik dalam kurikulum pendidikan.
Bagi pengamal pedidikan, kemahiran generik merupakan satu aspek penting untuk melahirkan dan menyediakan pelajar yang cekap bekerja, berketerampilan, seterusnya dapat memberikan sumbangan di tempat kerja.
Hasil kajian Seagraves (1996) mendapati bahawa kemahiran generik dapat dihuraikan sebagai kemahiran yang tidak spesifik kepada bidang mata pelajaran tetapi lebih kepada merentas kurikulum, program pendidikan umum, pendidikan vokasional dan latihan. Pendidikan yang lebih mengutamakan kemahiran generik lebih mengutamakan hasil melalui tahap pencapaian individu berasaskan kriteria tertentu.
|
0 Ulasan posted :
Catat Ulasan