Disclaimer

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, and Konnichiwa! Welcome to My online diary. Please, navigate around happily :) <3
Sprinkle Kitties
Rabu, 4 Oktober 2017 • 4:45 PTG • 0 Kittie(s)

          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan,mencari,memaparkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa.Penggunaan teknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu.
1.   TMK UNTUK TUTORIAL
-Apabila TMK diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan , babaknya  oleh sistem
  • Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

TERTANYA – TANYA ?
-Bagaimana TMK diguna untuk pembelajaran tutorial?
-Perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisisan pendidikan (Courseware) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM ,hard disk ataupun laman web intranet.
-Maksud  Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P
 2.  TMK SEBAGAI ALAT APLIKASI
TMK dikatakan diguna pakai bagi  menjadi alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran ,bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.Contohnya penggunaan perisian aplikasi pemprosesan kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik,Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Contoh aplikasi:


3. TMK UNTUK PENEROKAAN (EXPLORATORY)
Perkara ini dugunapakai bagi:
o   Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet ,portal maklumat dan sebagainya
o   Mengalami ,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
o   Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Dalam pembelajaran penerokaan,murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.


  

TMK Untuk Penerokaan

TMK Untuk Tutorial
Murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK
Murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem
Perbezaan antara TMK tutorial dan TMK penerokaan

TMK ini sesuai  digunakan dalam situasi:
  • Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
  • Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah  kehidupan sebenar
  •  Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan
  •  Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

4. TMK  SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti:
o  Audio
o   Video
o   Grafik
o    Teks


TERDAPAT 4 TEKNIK UNTUK KOMUNIKASI MELALUI TMK , IAITU:
·            Teknik seorang-sendirian
·            Teknik seorang kepada seorang
·            Teknik seorang kepada ramai
·            Teknik ramai kepada ramai




0 Ulasan posted :

Catat Ulasan


Do follow US



CHATTING


TERIMA KASIH KERANA MELAWATI BLOG KAMI
SILA BERIKAN KOMEN ANDA

My Articles





Template By: Anugerah Salsa
Basecode By: Kawaii Lady
Some stuff: