Kemahiran berfikir merupakan kecekapan
menggunakan akal dalam menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi
kemahiran berfikir cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea dengan
teratur malah mampu membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan
yang sewajarnya. Namun begitu terdapat juga pandangan daripada
tokoh-tokoh lain.

PROSES BERFIKIR
· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda
seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Operasi
Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif
iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara
komponen-komponen berfikir.
ii. Operasi
Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti
mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
PRINSIP KEMAHIRAN
BERFIKIR
- Sentiasa bersikap kostektif
iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis
kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
- Berfikir secara perlahan-lahan
dan sentiasa berfikir secara mudah.
- Melupakan rasa ego, kita perlu
mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang
digunakan itu dapat manafaatnya.
- Sentiasa menukar arah otak kita
berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan
lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Tentukan tujuan kita berfikir
dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang
diharapkan.
- Perlu mengambil kira emosi dan
perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
- Kita perlu memikirkan
alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea
perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau
melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah
di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik
pada orang lain.
0 Ulasan posted :
Catat Ulasan