
|
Ahad, 8 Oktober 2017 • 8:15 PG • 0 Kittie(s)
Kemahiran generik adalah sesuatu yang berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan keterampilan.
kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik (Robinson,2000).
Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapakan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. kecekapan pula boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu. keterampilan boleh dijelaskan sebagai tahap kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Kamus Dewan, 2002)
Menurut Kamus Dewan (2002), generik bermaksud umum, berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatuu kelompok, golongan, dan lain-lain. Oleh itu, kemahiran generik dapat dihuraikan dengan maksud kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semulajadi atau dilatih seperti kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, atau kemahiran menyelesaikan masalah.
Kearns (2001) mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas keterampilan atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan.
Kemahiran generik adalah penting kerana pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif, dan berkebolehan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang berbeza pada waktu yang sama. Pekerja juga bukan sahaja dapat melakukan pekerjaan yang tentertu malahan mereka dapat melatih kemahiran sosial yang kini menjadi semakin penting dalam alam pekerjaan.
Kemahiran generik memberikan gambaran terhadap kemahiran personal, sikap, tabiat, dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi.
Di barat, pengamal pendidikan dan pihak industri telah melihat kemahiran generik ini adalah merupakan salah satu aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji (Kearns, 2001).
Majikan menganggap bahawa aspek kemahiran generik ini adalah satu aspek yang kompeten di alam pekerjaan yang harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja yang baharu bagi membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang benar-benar berketerampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang mereka terokai.
Menurut Bennett (1999), kepentingan kemahiran generik ini dapat dilihat apabila negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemahiran generik dalam kurikulum pendidikan.
Bagi pengamal pedidikan, kemahiran generik merupakan satu aspek penting untuk melahirkan dan menyediakan pelajar yang cekap bekerja, berketerampilan, seterusnya dapat memberikan sumbangan di tempat kerja.
Hasil kajian Seagraves (1996) mendapati bahawa kemahiran generik dapat dihuraikan sebagai kemahiran yang tidak spesifik kepada bidang mata pelajaran tetapi lebih kepada merentas kurikulum, program pendidikan umum, pendidikan vokasional dan latihan. Pendidikan yang lebih mengutamakan kemahiran generik lebih mengutamakan hasil melalui tahap pencapaian individu berasaskan kriteria tertentu.
Khamis, 5 Oktober 2017 • 8:21 PTG • 0 Kittie(s) Kemahiran interpersonal merujuk kepada kemahiran yang digunakan semasa berkomunikasi dan interaksi sosial bagi mencapai sesuatu matlamat atau keputusan Komunikasi interpersonal merupakan tingkahlaku yang dipelajari. Ia bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya adalah hasil pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya komunikasi interpersonal mempunyai makna yang tersurat dan tersirat
Konsep asas
ini membantu seseorang untuk berkebolehan dan berkeyakinan semasa berkomunikasi
dan berinteraksi dengan persekitaran.
Takrifan
konsep kendiri:
‘Gambaran atau pandangan tentang rupa, kesihatan, kebolehan,
kelemahan dan tingkah laku diri sendiri’
Individu
yang mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menghadapi masalah
dan cabaran-cabaran dengan tabah, bersifat optimistik, sikap lebih terbuka
serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain.
seseorang itu akan bersifat lebih
relaks, mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang dihampiri. Keadaan emosinya
lebih tenang dan stabil.
manakala individu yang mempunyai konsep kendiri negatif pula akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak
gembira, cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya. hal ini akan membuatkan dirinya sukar diterima oleh orang sekelilingnya. Mereka akan mempunyai aras keyakinan diri yang rendah, sifat
rendah diri, pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosial. mereka juga akan menarik diri, mudah tersinggung, tidak gembira, dan cepat merajuk.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL
a) Membina hubungan sosial
Memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat termasuk persamaan dan perbezaan antara sosiobudaya.
Contohnya masyarakat berbilang kaum, kepercayaan dan agama.
b) Wacana ilmu Membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu. c) Perundingan Mencapai persetujuan bersama. d) Kerjaya Dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap Kecekapan profesional. e) Komuniti Memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. Situasi menjadi ceria. f) Bimbingan Membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkahlaku antara satu sama lain.
KEPERLUAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL
a. Pengaliran maklumat yang ditapis
b. Galakkan maklumbalas
c. Maklumat yang jelas dan mudah
d. Mendengar secara aktif
e. Elakkan terlalu emosional
KEMAHIRAN
INTERPERSONAL BERSAMA RAKAN SEBAYA
Kemahiran
ini mampu menggalakkan seseorang pelajar berbincang sesama sendiri bersama rakan-rakan tanpa
berasa rendah diri atau meninggikan diri, bebas dari rasa tersinggung serta
dapat mengawal emosi.
Ciri-ciri kemahiran interpersonal yang perlu ada:
KOPERATIF.
Mampu
membantu rakan sebaya serta bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi tanpa menyalahkan sesiapa.
SEMANGAT
BERPASUKAN.
Ahli kumpulan perlulah berminda positif bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugasan secara bersama. Kejayaan pasukan adalah kejayaan
bersama dan setiap tugasan akan dijalankan secara bersama dan saling memerlukan satu sama lain.
TOLERANSI.
sifat
toleransi serta saling memahami antara satu sama lain adalah penting kerana setiap individu mempunyai perbezaan masing-masing. Sikap mementingkan diri perlu diketepikan, membuat keputusan
secara rasional tanpa mengikut perasaan serta mampu menerima teguran dan kritikan
dengan fikiran yang terbuka.
Sesungguhnya
seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal mampu berinteraksi
dengan rakan sebayanya dengan lebih berkesan, mudah mesra, berkeyakinan serta
saling bantu membantu dalam proses pengajaran-pembelajaran ke arah mewujudkan
kecemerlangan diri
Rabu, 4 Oktober 2017 • 6:08 PTG • 0 Kittie(s)
KEMAHIRAN
KEUSAHAWANAN
Kemahiran
keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan
kesedaran tentang risiko, Mempunyai sifat kreativiti dan inovasi amatlah
berkait rapat dengan dunia perniagaan. Dalam dunia perniagaan, kebolehan-kebolehan
berikut haruslah dikuasai sepenuhnya bagi memastikan keberkesanan perniagaan
tersebut.
•Kebolehan mengenalpasti peluang
perniagaan.
•Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
•Kebolehan membina, meneroka dan merebut
peluang perniagaan dan pekerjaan.
• Kebolehan untuk bekerja sendiri
DEFINISI
USAHAWAN
Usahawan ialah seseorang yang
berinisiatif, pandai menggunakan idea atau kaedah baru, sentiasa membuat
pembaharuan dan pengubahsuaian, gagah menghadapi risiko serta berusaha untuk
menjayakan sesuatu. Usahawan ialah insan yang dinamik, kreatif, cekal,
inovatif, dan berkebolehan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak manusia.
DEFINISI
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan ialah proses untuk mencipta
dan mengembangkan perniagaan berkumpulan untuk pembangunan rakyat dan
kemakmuran masyarakat.
PERBEZAAN
ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA
1. Usahawan berbeza dengan peniaga.
Peniaga hanya membeli dan menjual untuk mencari keuntungan dan sumbangannya
kepada masyarakat adalah terhad kepada perkhidmatan yang disediakannya
2. Sebaliknya seorang usahawan merupakan
pemangkin pembangunan negara yang mempunyai tanggungjawab sosial yang berat
terhadap masyarakat.
KOMPETENSI
SEORANG USAHAWAN
•Keupayaan seseorang untuk menonjolkan
diri dalam perniagaan
•Keupayaan diri seseorang untuk
melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.
Ciri-ciri bagi
menentukan seseorang mempunyai sifat kompetensi
1.
Inisiatif
2. Bijak
merebut peluang
3. Kecekalan
Mencari maklumat – R&D
4. Menitikberatkan
mutu kerja yang tinggi
5. Komitmen
terhadap perjanjian kerja
6. Berorientasikan
ke arah kecekapan
7. Membuat
perancangan sistematik
SUMBANGAN
USAHAWAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
PERANAN
USAHAWAN
• Mewujudkan
peluang pekerjaan
• Memenuhi
kehendak dan keperluan masyarakat.
• Penemuan
dan ciptaan baru
• Menyumbang
terhadap pembangunan ekonomi
•
Mempertingkatkan taraf hidup.
• 5:33 PTG • 0 Kittie(s)
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN
Kemahiran kepimpinan
melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
ü Berpengetahuan
tentang teori asas kepimpinan.
ü Kebolehan
untuk memimpin projek.
ü Kebolehan
untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan
anggota pasukan.
ü Kebolehan
untuk menyelia anggota pasukan
DEFINISI
KARISMA
• Daya penarik yang
berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang
menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
• Sebuah bentuk
pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal
tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin
dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber,
1947).
• Suatu hasil persepsi
para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi
dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan
dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl,
1994:269).
JENIS-
JENIS PEMIMPIN KARISMATIK
Pendapat oleh Stephan
P. Robbin (2000) menyatakan bahawa pemimpin yang karismatik itu adalah seperti
berikut :
ü yakin diri
ü satu visi
(menetapkan matlamat)
ü mempunyai
keupayaan untuk menyampaikan visi
ü penegasan
terhadap visi
ü sifat luar
biasa
ü dianggap
sebagai agen perubahan
ü sensatif
terhadap persekitaran
ü menyelesaikan
masalah secara luar norma
CIRI-CIRI
PEMIMPIN KARISMATIK
1. Seorang
pemimpin perlu mempunyai sifat nurturing in guidance iaitu sifat mendidik dan
memberi panduan kepada pekerja.
2. Pemimpin
tidak harus mempunyai sikap menghukum sebaliknya memberi pengajaran
kepada pekerja.
3.
Pemimpin berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
organisasi termasuk masalah yang tidak diduga (leader must know what to
do).
CIRI-CIRI
PENTING BAGI SEORANG KETUA
1. Berpengetahuan
2. Pendorong
3. Nilai dan etika
4. Kesilapan dalam kepimpinan
• 4:45 PTG • 0 Kittie(s)
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi maklumat ialah
sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan,mencari,memaparkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa.Penggunaan teknologi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk
mempelajari dan menimba ilmu.
1. TMK UNTUK TUTORIAL
-Apabila TMK diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
TERTANYA – TANYA ?
-Bagaimana TMK diguna untuk pembelajaran
tutorial?
-Perkakasan TMK yang selalu diguna untuk
pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisisan pendidikan (Courseware)
sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM ,hard disk ataupun laman web intranet.
-Maksud Computer Assisted Instruction
(CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P
2. TMK SEBAGAI ALAT APLIKASI
TMK dikatakan diguna pakai bagi menjadi
alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran ,bukan
sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.Contohnya penggunaan perisian
aplikasi pemprosesan kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik,Computer
Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat
aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti
pembelajaran.
Contoh aplikasi:
3. TMK UNTUK PENEROKAAN (EXPLORATORY)
Perkara ini dugunapakai bagi:
o Mencari dan mengakses
maklumat daripada CD-ROM , internet ,portal maklumat dan sebagainya
o Mengalami ,mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
o Melihat demonstrasi sesuatu
kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Dalam pembelajaran penerokaan,murid boleh
mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.
Perbezaan antara TMK tutorial dan TMK penerokaan
TMK ini sesuai digunakan dalam situasi:
4. TMK SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi
apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti:
o Audio
o Video
o Grafik
o Teks
TERDAPAT 4 TEKNIK UNTUK KOMUNIKASI MELALUI TMK , IAITU:
· Teknik
seorang-sendirian
· Teknik
seorang kepada seorang
· Teknik
seorang kepada ramai
· Teknik
ramai kepada ramai
• 8:06 PG • 0 Kittie(s)
Kemahiran berfikir merupakan kecekapan
menggunakan akal dalam menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi
kemahiran berfikir cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea dengan
teratur malah mampu membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan
yang sewajarnya. Namun begitu terdapat juga pandangan daripada
tokoh-tokoh lain.
PROSES BERFIKIR
· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Operasi
Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
ii. Operasi
Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
PRINSIP KEMAHIRAN
BERFIKIR
|